Pages

Rabu, 20 November 2013

PENGAMBIL VITAMIN SHAKLEE - CARA MEMAKAN VITAMIN YANG BETUL

vitamin semulajadi picture


1. Protein seperti Energizing Soy Protein
Sebolehnya diambil waktu pagi iaitu semasa perut masing kosong. Pada waktu pagi kadar metabolisme dalam badan kita tinggi berbanding waktu yang lain. Dengan itu, semua asid amino dapat diserap ke dalam badan kita dengan berkesan.

2. Alfalfa Complex
Alfalfa Complex perlu elakkan diambil bersama vitamin E atau GLA. Alfafa akan menghalang Vitamin E dari menyerap dengan berkesan. Sebabnya alfafa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi dengan baik jika ada lemak. Serat sangatlah suka menyerap lemak.

3. Ostematrix sebagai sumber Kalsium
Ambillah kalsium sebelum tidur dan Kalsium tidak boleh diambil bersama iron (sumber iron adalah Vita-Lea Multivitamin)

4. Vitamin C Sustained Release Shaklee
Sekiranya selsema dan demam, bolehlah patahkan dahulu vitamin C sebelum ditelan. Vitamin C juga boleh dilarutkan dengan sedikit air dan dijadikan masker muka.

5. Vita-Lea Multivitamin
Vita-Lea Multivitamin jangan diambil dengan minuman bersusu dan sumber kalsium lain seperti Ostematrix kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi (iron). Disarankan di makan bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap. Di dalam Vita lea mengandungi 60 mg Vitamin C.

6.Vitamin Larut Lemak ( A, D, E, K) 
Di sarankan ambil selepas mengambil makanan berlemak/berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7. Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein
Ia boleh mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin. Jikalau nak minum minuman berkafein juga. Ambil jarak masa 1/2 jam sebelum atau selepas makan vitamin. 




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:


credit to : http://shainahealthshop.blogspot.com/

NUGOLD
FB Personal: Mohd Nazrul Zainal Abidin / Faziana Zolkepli
Call/SMS/WhatsApp : 012-5315957 / 017-2678902
Enhanced by Zemanta

Selasa, 19 November 2013

KENAPA PERLU PENGAMBILAN VITAMIN?

Pelbagai sebab boleh diberikan untuk kita perlu mengambil Supplemen / Vitamin. Rasanya 20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin sudah memadai untuk kita renungkan bersama :-
  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  3. Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.
  13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  18. Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
Credit to: http://wakjoni-favorites.blogspot.com/

Jika berminat untuk mendapatkannya produk Shaklee boleh hubungi saya :

NUGOLD
FB Personal: Mohd Nazrul Zainal Abidin / Faziana Zolkepli
Call/SMS/WhatsApp : 012-5315957 / 017-2678902

SHAKLEE ITU SAH HALAL

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa 
dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM 
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan 
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan Hubungi di www.shaklee.com.my.


Credit to: http://wakjoni-favorites.blogspot.com/

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

Apakah pengikat kasih Suami & Isteri ? Ya.. Tentunya Zuriat. 
Zuriat adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri dan juga sebagai penyambung ataupun sebagai pewaris keluarga. Namun terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan, baik suami ataupun isteri.

Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan suami & isteri ialah:
1. Kitar haid isteri yang tidak tetap
2. Selalu sengugut
3. Tekanan daripada tempat kerja samada isteri ataupun suami
4. Suami adalah perokok
5. Persekitaran kerja yang terdedah pada bahan kimia
6. Sperma yang dihasilkan tidak berkualiti
7. Masa bersama tidak berkualiti
Sebagai salah satu usaha adalah SET KESUBURAN SUAMI ISTERI daripada Shaklee.
Set Kesuburan Suami Isteri

Set ini mengandungi ZINK untuk suami dan GLA untuk isteri. Set ini adalah Set asas untuk membantu kepada punca-punca ketidaksuburan suami & isteri. Bagaimana set ini boleh bantu anda untuk menangani masalah kesuburan. Jom Kita Baca Info Berikut.

Zink Shaklee

Zink dirumuskan daripad glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menjadikan zink mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Bagaimana Zink membantu Kesuburan Lelaki


  1. Zink meningkatkan dan memperbaiki kualiti seks lelaki iaitu dengan meninggikan 
      kualiti dan bilangan sperma 
  2. Pengambilan zink yang secukupnya meningkatkan keupayaan seks dan lebih bertenaga. 
  3. Membaiki masalah prostat dan penyembuhan benign prostatomegaly. 
      Menurut kajian dilakukan, pengambilan zink berterusan mampu mengurangkan 
      pembengkakkan prostat hingga dalam kadar 70%. 
  4. Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran seperti luka 
      pembedahan.   
Set Kesuburan Suami Isteri

Kekurangan Zink kepada Lelaki menyebabkan:

  1. Kematangan organ seks yang lambat 
  2. Impoten (Mati Pucuk)
  3. Perkembangan yang kecil untuk testikel 
  4. Bilangan sperma yang rendah dan kurang berkualiti 
  5. Fungsi seksual merosot

GLA

GLA adalah Gamma Linolenic Acid yang mengandungi asid lemak Omega-6 tidak tepu. GLA Shaklee digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

Bagaimana GLA membantu Kesuburan Wanita.

GLA bertindak untuk membantu wanita menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan yang berwarna keputihan seperti putih telur . Kadang-kadang ia nampak seperti  masalah keputihan.
Setiap sebulan dalam satu kitar period cecair lendir ini akan terhasil untuk melambangkan kesuburan namun tidak semua orang akan menghasilkan lendir “subur” itu.
GLA berperanan untuk memastikan kesuburan iaitu apabila  sperma berenang melalui uterus hingga ke tiub fallapio untuk mendapatkan telur ovum untuk disenyawakan. GLA ini untuk membantu sperma hidup dalam tiub fallapio untuk tempoh hingga ke 5 hari. 

Kebaikan GLA

   1. Membantu mengurangkan sengugut 
   2. Membantu mengawal paras hormon wanita 
   3. Membantu kitar haid kembali normal. 
   4. Membantu mengurangkan keradangan seperti sengal-sengal.  

Bagi anda yang masih mencari alternatif untuk mendapatkan zuriat, bolehlah mencuba Set Kesuburan Suami Isteri ini.
Selain dari Zink dan GLA, multivitamin dan multimineral Shaklee yang lain juga dapat membantu tingkatkan kesuburan. 

Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 

Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.
Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap.
 
credit to : http://naturavitamina.blogspot.com/

Jika berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya :

NUGOLD
FB Personal: Mohd Nazrul Zainal Abidin / Faziana Zolkepli
Call/SMS/WhatsApp : 012-5315957 / 017-2678902

SET MENYUSU SHAKLEE BUAT IBU BEKERJA DENGAN TENANG

Set Menyusu Shaklee yang SUPER POPULAR !!!

Cara menyusu yang popular yang membantu para ibu. 

Shaina shop euphoria set picture


1) Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Penyusuan dengan Kalsium)

Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu ketika haid. Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium, Alternatif kepada Set B untuk ibu yang bermasalah dengan Alfalfa. Sesuai untuk ibu-ibu yang
alah kepada laktosa dan tidak minum susu. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D serta mineral lain.






2) SET B

Untuk ibu yang normal iaitu tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi. Apa kandungan dalam Set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus pada imun sistem, Vitalea bertujuan untuk merangsang pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh, manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

3) SET E

Set E lebih kepada ibu yang mempunyai kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan Ostematrix. Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, Set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

4) SET TRIPPLE M (3M) - SUPER LARIS!! 

Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlukan set ini?
* Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan
* Si ibu yang nak mula menyimpan stok
* Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
* Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

* Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan.


credit to : http://shainahealthshop.blogspot.com/

Jika berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya :

NUGOLD
FB Personal: Mohd Nazrul Zainal Abidin / Faziana Zolkepli
Call/SMS/WhatsApp : 012-5315957 / 017-2678902
Enhanced by Zemanta