Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.
ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang
diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf
oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil
tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin,
OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam
pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee
sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil
benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara
yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi
pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian
rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa
yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan
yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak
halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api
neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang
tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah
gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa
dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang
mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan
pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia)
selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal
Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan
antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh
JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada
sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada
sijil keluaran JAKIM
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat
sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut
pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling
sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari
ISA, sepatutnya tiada isu, bukan
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil
akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa
sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai
dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari
pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati
kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan
yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan Hubungi di www.shaklee.com.my.
Credit to: http://wakjoni-favorites.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan